Ujian
Dari Allah Buat Hambanya | Hari terus berganti hari. Kehidupan manusia juga
terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pantas berlari.
Di
celah-celah hari berwarna-warni yang di jalani dan ditelusuri,
tanpa disedari atau tidak, manusia sebenarnya telahpun menempuh
pelbagai ujian dan dugaan duniawi.
Ujian-ujian
yang diberi oleh Allah itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk
dan rupa. Setiap orang diuji olah Allah berbeza-beza mengikut tahap
kemampuannya.
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang
terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga
menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…
(Al-Baqarah: 286)
ALLAH
telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan
sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
ALLAH
mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya, oleh kerana itu ALLAH
memberikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa
sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya.
ALLAH
menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah
ALLAH menguji kita kerana DIA sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai
hambaNya, adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi ujianNya.
Hakikatnya
saat ini, saat kita sedang mengecapi bahagia, ada berjuta manusia di luar sana
yang sedang dihujani ujian atau dihimpit pelbagai derita.
Ada
di kalangan manusia di luar sana yang saat ini sedang diuji dengan
kehilangan orang tersayang. Tidak kurang juga ada manusia yang diuji apabila
apa yang diingini dan diharapkan tidak terjadi dan diberi.
“
Kenapa aku yang diuji ? “
“
Mengapa aku diuji sebegini ?”
“
Ujian ini sangat berat. Aku tak mampu…”
Mungkin
ini adalah antara persoalan dan keluhan yang meniti di bibir atau berlegar di
fikiran kita sebagai seorang hamba saat dihimpit dengan secebis ujian.
Kadangkala
tanpa sedar dan niat kita juga terlanjur marah pada DIA
kerana menghujani kita dengan pelbagai ujian.
Tetapi,
apabila kita menenangkan diri dan bermuhasabah kembali, tenyata
sebenarnya dengan ujian yang diberi kita adalah hamba yang beruntung. Mengapa
saya katakan begitu?
Kerana
ujian hanyalah diberi oleh Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih.
Hamba-hambanya yang dikasihi dan disayangiNya. Dan jangan kita lupa bersama
ujian itu juga ada pertolongan dari Allah sepertimana yang dinyatakan di dalam
Al-Quran:
Adakah patut kamu menyangka bahawa
kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan)
seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu?
mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit,
serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan
orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan
Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu
bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
(Al-Baqarah: 214)
Sebagai
manusia biasa, kita pastinya tidak akan mampu menjangka bilakah ujian itu akan
muncul tiba.
Walaubagaimanapun,
jika kita mengetahuinya, apalah kudrat kita sebagai seorang hamba yang kerdil
lagi penuh dosa untuk menolak ujian-ujian yang bakal menyapa itu.
Jika
direnungkan kembali, kita semua pastinya pernah dan akan ditimpa ujian dari
yang Maha Esa, tetapi saat ujian itu tiba, mampukah kita menjadi manusia yang
bersyukur dengan ujian itu dan memandangnya sebagai hadiah pemberian Allah?
Manusia
itu sifatnya pelupa, Ada masanya dalam melayari kehidupan di dunia, kita lalai
dan leka pada hakikat yang nyata bahwa kita hanyalah hamba DIA yang Esa.
Jadi
apakah sebenarnya yang mampu membangkitkan manusia dari kelalaian dan kealpaan
ini?
UJIAN.
Ya, Ujian. Ujian atau mehnah yang menjengah dalam kehidupan kita itulah
sebenarnya yang mampu mengejutkan kita dari mimpi dunia yang panjang.
Allah
Tuhan yang Maha Mengetahui. Mungkin tanpa ujian-ujian dan dugaan yang
dikirimkan khas oleh DIA untuk kita, kita masih lagi menjadi seorang hamba yang
hanyut dan lemas dalam lautan kelalaian.
Apa
yang paling utama sebenarnya adalah “ hadiah ” itu dikirimkan oleh Allah
bertujuan untuk menilai sejauh mana keimanan kita terhadapNya sepertimana yang
dijelaskannya di dalam Al-Quran:
Patutkah manusia menyangka bahawa
mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak
diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(Al-Ankabut: 2)
Justeru,
marilah kita sama-sama bermuhasabah dan menilai kembali segala prasangka buruk
yang mungkin pernah bermain di fikiran kita saat kita diuji.
Inilah
saatnya bagi kita, saya dan anda yang sedang membaca, merubah fikiran kita dan
mula memandang ujian-ujian yang telah dan akan kita lalui sebagai sebuah ‘
hadiah’ dari Allah dan bukan lagi satu bebanan.
Apabila
kita benar-benar menyedari hakikat ini, maka kita akan menjadi seorang hamba
yang bersyukur dengan segala ujian yang diberi.
Pembaca
yang dikasihi oleh Allah,
Jika
anda saat ini sedang diuji, ingin saya sampaikan sesungguhnya bersyukur dan
berbahagialah anda kerana ujian
itu hadiah daripada Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan