“Bang sy nak taubat. Tapi dosa sy banyak bang, sy takut Tuhan tak ampun”
“Byk mana dosa kamu dik, ad setinggi langit ?”
“Huh ?”
“Wahai anak Adam ! Seandainya dosa-dosamu setinggi langit, kemudian engkau minta ampunan kepadaKu, niscaya Aku mengampunimu dan Aku tidak peduli”
DUNIA LADANG UJIAN
SEMAKIN JARANG KITA BERSYUKUR. SEMAKIN HAMPIR KITA DENGAN KUFUR.
Selasa, 3 Julai 2018
BUANG DURI
Adab dan sunnah Nabi s.a.w
Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
"Ketika seseorang berjalan di suatu jalan kemudian dia menjumpai sepotong duri di jalan itu lalu dia membuangnya, Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya."
Hadis Riwayat Bukhari💗
Jom Selawat..
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ*
BAIK
Bismillah
20 syawal*
Berbuat baiklah dengan sesiapapun tanpa apa-apa kepentingan dan tanpa harap balasan. Lihatlah perkara baik-baik. Dengarlah perkataan yang baik-baik. Ucaplah perkataan yang baik-baik dan kita akan peroleh pula kebaikan yang tidak disangka2 dari mana datangnya...
In syaa Allah.
Pagi yg tenang lagi damai.
Syukur pada-Nya..💗
20 syawal*
Berbuat baiklah dengan sesiapapun tanpa apa-apa kepentingan dan tanpa harap balasan. Lihatlah perkara baik-baik. Dengarlah perkataan yang baik-baik. Ucaplah perkataan yang baik-baik dan kita akan peroleh pula kebaikan yang tidak disangka2 dari mana datangnya...
In syaa Allah.
Pagi yg tenang lagi damai.
Syukur pada-Nya..💗
Ahad, 1 Julai 2018
AKIBAT TIDAK ISTIQAMAH
Minda Presiden PAS
AKIBAT TIDAK ISTIQAMAH
AKIBAT TIDAK ISTIQAMAH
Firman Allah:
﴿وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ١٥٣﴾ [الأنعام: 153]
“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku (Islam) yang betul lurus (istiqamah), maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu bertaqwa.” (Surah Al-An’am: 153)
Inilah hikmah atau tujuan petunjuk Allah (istiqamah) yang dipohon pada setiap rakaat solat ketika mengadap Allah setiap waktu yang diwajibkan atau solat sunat, termasuk solat jenazah yang tidak ada rukun-rukun yang lain, namun Al-Fatihah memohon istiqamah tetap diwajibkan.
Rasulullah S.A.W menyebut ayat tersebut di atas kepada para sahabatnya R.A sambil menggaris di atas tanah garisan yang betul lurus dan panjang dengan jarinya yang mulia. Kemudian digariskan cabangnya yang banyak di sebelah kiri dan kanan. Baginda S.A.W menegaskan garis yang satu sahaja (Islam) wajib diikut. Adapun yang lain, di kiri dan kanan adalah jalan yang digoda oleh syaitan.
Lalu ditegaskan pula bahawa Al-Quran adalah petunjuknya dan Rasulullah S.A.W yang bersabda dan beramal adalah penjelasannya dalam semua perkara yang dinamakan agama atau urusan dunia yang tidak terpisah daripada Islam yang sempurna merangkumi seluruh kehidupan manusia dalam hubungannya dengan Allah, dirinya dan manusia yang lain sehinggalah alam sekelilingnya yang nyata sehingga alam ghaib, daripada bumi sehingga angkasa lepas, daripada dunia sehingga akhirat.
Rasulullah S.A.W menunjukkan cara beribadat sehinggalah cara berpolitik memerintah negara masyarakat majmuk. Dijelaskan dengan nyata wajib berwala’ (berketuakan atau kepimpinan dan pengurusannya) kepada orang-orang yang beriman. Diharamkan berwala’ kepada bukan Islam menjadi sempadan berpolitik. Hanya dibenarkan bermasyarakat madani (bertaaruf), bertahaluf, berdamai dan bertaawun sahaja. Firman Allah menegaskan:
﴿لَّا يَتَّخِذِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلۡكَٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَۖ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٰلِكَ فَلَيۡسَ مِنَ ٱللَّهِ فِي شَيۡءٍ إِلَّآ أَن تَتَّقُواْ مِنۡهُمۡ تُقَىٰةٗۗ وَيُحَذِّرُكُمُ ٱللَّهُ نَفۡسَهُۥۗ وَإِلَى ٱللَّهِ ٱلۡمَصِيرُ٢٨﴾
“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi wali (pemimpin) dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia daripada Allah (mendapat petunjuk dan perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya (keadaan darurat) yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.” (Surah Ali-Imran: 28)
Maka termasuk dalam prinsip dan dasar keimanan yang menjadi aqidah tetap, jelas dan nyata tidak harus berbeza pendapat. Hanya perkara furu’ atau cabang boleh berkhilaf atau berbeza pendapat kerana berbeza sebab, realiti dan situasi yang melahirkan mazhab yang diizinkan oleh syara’, bahkan semuanya diberi pahala berijtihad dengan syarat- syarat dan sifat keahlian ilmu dan akhlaknya, kerana sabda Rasulullah S.A.W:
إذَا حَكَمَ الْحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ، وَإِذَا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ. (مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ)
“Apabila seseorang yang mencari hukum secara ijtihad (dalam perkara yang tidak ada nas yang nyata) kemudian dia betul, nescaya diberi dua pahala. Dan apabila dia berjtihad, kemudian dia salah necaya diberi kepadanya satu pahala” (Muttafaqun ‘alaih)
Orang-orang yang telah pun beriman kepada Kitab Allah (Al-Quran) pula ada berbagai-bagai peringkat dan kemampuan melaksanakannya. Ada yang rajin, ada yang malas dan ada yang tenggelam ke dalam maksiat, namun tetap beriman kepadanya. Allah berfirman:
﴿وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ هُوَ الْحَقُّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ إِنَّ اللَّهَ بِعِبَادِهِ لَخَبِيرٌ بَصِيرٌ٣١ ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ٣٢﴾ [فاطر: 31-32]
“Dan Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hamba-Nya, lagi Maha Melihat dan Memerhatikan. (31) Kemudian Kami jadikan Al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba kami; maka di antara mereka, ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). (32)” (Surah Fatir: 31-32)
Adapun mereka yang menolak Al-Quran, membatalkan iman dan Islamnya, atau membatalkan Dua Syahadahnya yang telah diikrarkan atau melanggar baiahnya, Firman Allah telah menyatakan akibat menimpa mereka di Hari Akhirat apabila Al-Quran tidak dijadikan petunjuk dengan sengaja, bukannya jahil atau hilang akalnya sama ada pemimpin atau pengikut:
﴿وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَنْ نُؤْمِنَ بِهَذَا الْقُرْآنِ وَلَا بِالَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَلَوْ تَرَى إِذِ الظَّالِمُونَ مَوْقُوفُونَ عِنْدَ رَبِّهِمْ يَرْجِعُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ الْقَوْلَ يَقُولُ الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا لِلَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا لَوْلَا أَنْتُمْ لَكُنَّا مُؤْمِنِينَ٣١ قَالَ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا لِلَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا أَنَحْنُ صَدَدْنَاكُمْ عَنِ الْهُدَى بَعْدَ إِذْ جَاءَكُمْ بَلْ كُنْتُمْ مُجْرِمِينَ٣٢ وَقَالَ الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا لِلَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا بَلْ مَكْرُ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ إِذْ تَأْمُرُونَنَا أَنْ نَكْفُرَ بِاللَّهِ وَنَجْعَلَ لَهُ أَنْدَادًا وَأَسَرُّوا النَّدَامَةَ لَمَّا رَأَوُا الْعَذَابَ وَجَعَلْنَا الْأَغْلَالَ فِي أَعْنَاقِ الَّذِينَ كَفَرُوا هَلْ يُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ٣٣﴾ [سبأ: 31-33]
“Dan orang-orang yang ingkar (menolak Al-Quran) berkata: Kami tidak akan beriman sama sekali kepada Al-Quran ini dan tidak juga kepada Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya”. Dan (sungguh ngeri) kalau engkau melihat ketika orang-orang yang zalim (menjadi pemimpin) itu dibawa berdiri di hadapan Tuhan mereka (untuk dihisab), masing-masing tuduh menuduh antara satu dengan yang lain. Orang-orang yang lemah atau jahil (menjadi pengikut) berkata kepada orang-orang yang sombong takabbur (yang menjadi ketuanya): “Kalaulah tidak kerana kamu (memperdayakan kami), tentulah kami sudah menjadi orang yang beriman”. (31) Orang-orang yang sombong takabbur itu (para pemimpin) menjawab kepada orang-orang yang lemah atau bodoh (menjadi pengikut):” Kamikah yang telah menghalang kamu daripada menerima hidayah petunjuk sesudah ia datang kepada kamu? (bukan kami yang menghalang) bahkan kamulah yang menyebabkan diri sendiri menjadi orang-orang yang berdosa”. (32) Dan berkata pula orang-orang yang lemah atau bodoh (menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takabbur (menjadi pemimpin) itu: “Tidak! bahkan (yang menghalang kami daripada beriman ialah) perbuatan kamu memperdaya kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan sekutu-sekutu baginya. Akhirnya masing-masing diam sambil memendamkan perasaan sesal dan kecewa semasa mereka melihat azab; dan Kami pasangkan belenggu-belenggu pada leher orang-orang yang kafir itu. mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka telah kerjakan. (33)” (Saba’; 31-33)
Maksudnya ingkar terhadap perkara dasar, syarat dan rukun di luar daripada urusan ijtihad mazhab di dalam Islam, seperti mereka menganut ideologi atau teori yang dicipta di luar daripada prinsip dan hukum yang nyata di dalam Islam yang menyeluruh, walaupun diletakkan jenama Islam dan istilahnya dengan tujuan menipu atau cara yang sesat, kerana mencari jalan pintas untuk kemenangan dunia tanpa peduli terhadap wawasan akhirat.
Perkara yang ditegaskan oleh Rasulullah S.A.W apabila ditawarkan kepadanya kuasa tanpa mendaulatkan Islam. Sabda Baginda S.A.W kepada Abu Talib, bapa saudaranya:
يا عم لو وضعت الشمس في يميني والقمر في يساري ما تركت الأمر حتى يظهره الله أو أهلك في طلبه. سيرة ابن اسحاق = السير والمغازي (ص: 154(
“Wahai bapa saudara kesayanganku! Kalaulah diletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku, nesacaya aku tidak akan meninggalkan urusan ini (menegakkan Islam), sehinggalah Allah memenangkannya atau aku mati dalam menuntut kemenangannya (yang belum dicapai)”
Begitulah juga perintah Allah supaya terus beristiqamah bersama Islam apabila dicabar oleh musuhnya dengan bersyarat kemewahan dunia atau menunjukkan perkara luar biasa atau bala mendatang supaya mereka menerima tawaran Islam:
﴿وَقَالُوا لَنْ نُؤْمِنَ لَكَ حَتَّى تَفْجُرَ لَنَا مِنَ الْأَرْضِ يَنْبُوعًا٩٠ أَوْ تَكُونَ لَكَ جَنَّةٌ مِنْ نَخِيلٍ وَعِنَبٍ فَتُفَجِّرَ الْأَنْهَارَ خِلَالَهَا تَفْجِيرًا٩١ أَوْ تُسْقِطَ السَّمَاءَ كَمَا زَعَمْتَ عَلَيْنَا كِسَفًا أَوْ تَأْتِيَ بِاللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ قَبِيلًا٩٢ أَوْ يَكُونَ لَكَ بَيْتٌ مِنْ زُخْرُفٍ أَوْ تَرْقَى فِي السَّمَاءِ وَلَنْ نُؤْمِنَ لِرُقِيِّكَ حَتَّى تُنَزِّلَ عَلَيْنَا كِتَابًا نَقْرَؤُهُ قُلْ سُبْحَانَ رَبِّي هَلْ كُنْتُ إِلَّا بَشَرًا رَسُولًا٩٣﴾ [الإسراء: 90-93]
“Dan mereka berkata: “Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (Wahai Muhammad), sehingga Engkau memancarkan mata air dari bumi bagi kami. (90) Atau (sehingga) Engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian Engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus. (91) Atau (sehingga) Engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana Yang Engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) Engkau bawakan Allah dan malaikat untuk Kami menyaksikannya. (92) Atau (sehingga) Engkau mempunyai sebuah rumah yang indah terhias; atau (sehingga) Engkau naik ke langit; dan Kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum Engkau turunkan kepada Kami sebuah Kitab Yang dapat Kami membacanya”. Katakanlah (Wahai Muhammad):” Maha Suci Tuhanku! Bukankah Aku ini hanya seorang manusia Yang menjadi Rasul? (93)” (Surah Isra’: 90-93)
Maka termasuk tidak beristiqamah juga, sehingga berjanji apa sahaja demi kemenangan semata-mata, walaupun berbohong dengan janji yang tidak mungkin ditunaikan dalam sekelip mata.
Amaran lebih keras terhadap berwala’ kepada musuh Islam demi mencapai cita-cita kemenangan sehingga disenaraikan dengan sifat munafik. Firman Allah:
﴿بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا١٣٨ الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا١٣٩﴾ [النساء: 138-139]
“Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: Bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya; (138) (mereka itu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi wali (pemimpin atau teman rapat) dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya). (139)” (Surah An-Nisa’: 138-139)
Sejarah hilangnya kuasa Islam di Andalusia dan kejatuhan Negara Arab, Nusantara dan lain lain oleh penjajah cukup menjadi iktibar supaya tidak berulang lagi kerana sabda Rasulullah S.A.W:
لا يلدغ مؤمن من جحر واحد مرتين (البخاري ومسلم وغيرهما)
“Tidak seharusnya seseorang yang beriman itu disengat daripada satu lubang sebanyak dua kali”
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANGPresiden PAS
Bertarikh: 13 Syawal 1439 / 27 Jun 2018
UJIAN YANG DIRINDUI
Ketika Allah rindu pada hambaNya, Allah
akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya
adalah ujian...
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
"Pergilah pada hamba Ku lalu
timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya."
[HR Thabrani dan Abu Umamah]
Terima kasih Allah... atas rahmat ujian Mu
ini...
Sesungguhnya aku insan yang terpilih untuk
menerima segala dugaan ini dari Mu...
Alhamdulillah.. Terima kasih Allah kerana
Kau rindukan rintihan hamba Mu yang kerdil ini..
Terima kasih Ya Allah atas nikmat dugaan
ini..
TANDA-TANDA ALLAH SWT BENCI ATAU SAYANG KEPADA HAMBANYA
Allah Ta’ala berfirman mafhumnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad), jikalau engkau semua mencintai Allah,
maka ikutilah aku, tentu engkau semua dicintai oleh Allah, serta Allah
mengampuni dosamu semua dan Allah itu adalah Maha Pengampun lagi
Penyayang,” [Surah Al-lmran : 31]
Apa lagi yang lebih berharga dan
lebih penting dari mendapat CINTA dari Allah S.W.T Pencipta sekalian makhluk.
Jika sudah mendapat cinta Allah, maka insyaAllah akan berbahagialah hidup
di dunia dan juga di akhirat.
Di antara tanda-tanda Allah cinta
pada hambaNya;
1 – Faham agama: Rasulullah
S.a.w bersabda, maksudnya : “Apabila Allah mencintai seseorang maka Dia membuatnya faham
mengenai agamanya.” [Hadits Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
“……. Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara
kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu)
beberapa darjat, dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa
yang kamu lakukan.” [Surah Al-Mujadilah : ayat 11]
2 – Sabar dan redha dengan
ujian-ujian dari Allah: “Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit
ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah
berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila
ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun”
Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan
mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” [Surah
Al-Baqarah : 155-157]
“Sesungguhnya besarnya pahala sebanding dengan besarnya ujian. Dan
sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum pasti Dia menguji
mereka. Maka siapa yang redha (terhadapnya) maka baginya keredhaan Allah, dan
siapa yang marah (terhadapnya) maka baginya kemurkaan Allah.” [Hadits Riwayat
Al-Tirmidzi dan Ibnu Majah]
“Tidaklah seorang mukmin dan mukminah tertimpa musibah pada
dirinya, anaknya dan hartanya sehingga dia berjumpa Allah Ta’ala tidak membawa
satu kesalahan pun.” [Hadits Riwayat Al-Tirmidzi. Beliau berkata: hadits hasan
shahih] [1]
“Kalau Allah menghendaki kebaikan kepada hambaNya, maka akan
disegerakan hukumannya di dunia, kalau mengkehendaki kepada hambaNya keburukan,
maka ditahan (siksanya) kerana dosanya sampai penuh nanti di hari kiamat.”
[Hadits Riwayat Tirmizi, 2396]
Oleh itu antara tanda Allah mencintai
seorang hamba juga ialah Dia uji hamba itu dengan pelbagai ujian. Maka jika
hamba itu bersabar dan redha, itulah tandanya Allah cintakan hamba tersebut.
Dan ketahuilah, para rasul dan nabi
lah yang paling berat menerima ujian dan musibah dari Allah S.w.t. Kerana
itulah darjat mereka tinggi, dan menjadi teladan kepada seluruh manusia dalam
menempuh kehidupan yang serba mencabar ini.
3 – Cinta mencintai kerana Allah:
“Allah s.w.t berfirman, “pasti akan mendapatcinta-Ku orang-orang
yang cinta-mencintai kerana Aku, saling kunjung mengunjungi kerana
Aku dan saling memberi kerana Aku.” [Hadits Qudsi]
Semoga kita tidak menjadi orang yang
cintakan manusia lain kerana nafsu syahwat, harta-benda dan keduniaan
semata-mata. Cinta yang paling utama ialah cinta kepada Allah S.w.t, kemudian
kepada Rasulullah S.a.w, ibu bapa dan barulah manusia-manusia lain.
4 – Berakhir hidup dengan husnul
khatimah: Rasulullah S.a.w bersabda:
“Jika Allah mencintai seorang hamba, Dia akan memaniskannya.”
Sahabat bertanya: “Apa itu memaniskannya ya Rasulullah?”
Baginda berkata: “Dia akan memberinya petunjuk untuk melakukan
kebaikan ketika menjelang ajalnya, sehingga tetangga akan meredhainya (atau ia
berkata) orang sekelilingnya.” [Hadits Riwayat Al-Hakim]
5 – Sentiasa berzikir pada Allah:
Diriwayatkan bahawa Nabi Musa ‘Alaihi salam pernah berkata, ” Wahai Rabb Ku
Yang Maha Mulia, Bagaimana aku dapat membezakan antara orang yang ENGKAU CINTAI
dengan orang yang ENGKAU BENCI?”
Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman: “Wahai
Musa, Sesungguhnya jika Aku mencintai seorang hamba, maka Aku akan menjadikan
dua tanda kepadanya”
Nabi Musa bertanya, “Wahai Rabb, apa
kedua tanda itu?”
Allah S.w.t berfirman: “Aku
akan mengilhamkannya agar dia berdzikir kepada Ku, agar aku dapat menyebutnya
di kerajaan langit dan Aku akan menahannya dari lautan murka Ku, agar dia tidak
terjerumus dalam azab dan siksaKu.”
Tanda-Tanda Allah Benci
Pada Hambanya
1 – Lupa dan malas berzikir pada
Allah: “Wahai Musa, jika Aku membenci seorang hamba, Aku jadikan juga dua tanda
kepadanya”
Nabi Musa Alaihisalam : “Wahai RabbKu, apa kedua tanda itu?”
Allah S.w.t berfirman : “Aku akan melupakannya berdzikir kepada Ku,
Aku akan melepaskan ikatan antara dirinya dan jiwanya, agar dia
terjerumus dalam lautan Murka Ku dan merasakan azab pedihKu.” [2]
2 – Syirik kepada Allah S.w.t: “Sesungguhnya Allah
tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain
dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang
mempersekutukan Allah maka sungguh dia telah berbuat dosa yang besar.” [Surah
An Nisa’ : 48]
3 – Hidup senang-lenang tanpa
mendapat ujian berat yang membolehkannya menginsafi diri dan takut pada
Allah.
“Kalau Allah menghendaki kebaikan kepada hambaNya, maka akan
disegerakan hukumannya di dunia, kalau mengkehendaki kepada hambaNya
keburukan, maka ditahan (siksanya) kerana dosanya sampai penuh nanti di
hari kiamat.” [Hadits Riwayat Tirmizi, 2396]
4 – Banyak melakukan maksiat dan
kerosakan, terutamanya maksiat dan perkara-perkara mungkar yang terang-terang
tanpa malu dan segan.
“Allah tidak suka perbuatan orang yang melakukan kerosakan dalam
masyarakat.” [Surah Al Baqarah : ayat 205]
“Allah tidak suka para pengkhianat yang banyak berbuat dosa.”
[Surah An Nisaa’ : ayat 107]
“……. dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka dia
tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat memuliakannya, sesungguhnya Allah
tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.” [Surah al-Hajj : ayat 18]
5 – Cinta kepada dunia dan hawa
nafsu lebih daripada cinta kepada Allah dan RasulNya.
“Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara,
isteri-isteri kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan
yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,
adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad
di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah
tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq.” [Suraah At Taubah : Ayat
24]
“Tidak (sempurna) iman seorang
daripada kamu sehingga aku (Muhammad) lebih disayangi daripada hartanya,
anaknya dan orang lain.” [Hadits riwayat Bukhari]
“Tidakkah kamu lihat (wahai Muhammad) orang yang menjadikan
tuhannya ialah hawa nafsunya, dan Allah sesatkan dirinya padahal dia berilmu…”
[Surah Al Jatsiyah : ayat 23]
6 – Orang yang sombong
(takabbur). “……. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
sombong takabbur dan membangga-banggakan diri.” [Surah An-Nisaa’ : ayat 36]
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana
sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh, sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” [Surah
Luqman : ayat 18]
“Mahukah kamu aku beritahu tentang penduduk neraka? Mereka semua adalah
orang-orang keras lagi kasar, tamak lagi rakus, dan takabbur (sombong).” [HR
Bukhari no. 4918 dan Muslim no. 2853]
“Tidak akan masuk syurga seseorang
yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji sawi.” Ada seseorang
yang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan selipar
yang bagus?” Beliau S.a.w menjawab, “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai
keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain.”
[HR Muslim no. 91]
Imam Adz-Dzahabi rahimahullahu
berkata, “Kesombongan yang paling buruk adalah orang yang menyombongkan diri di
hadapan manusia dengan ilmunya, merasa dirinya besar dengan kemuliaan yang dia
miliki. Bagi orang tersebut tidak bermanfaat ilmunya untuk dirinya. Barangsiapa
yang menuntut ilmu demi akhirat maka ilmunya itu akan menimbulkan hati yang
khusyu’ serta jiwa yang tenang. Dia akan terus mengawasi dirinya dan tidak
bosan untuk terus memerhatikannya, bahkan setiap saat dia selalu introspeksi
dan meluruskannya. Apabila dia lalai dari hal itu, dia akan menyimpang dari
jalan yang lurus dan akan binasa. Barangsiapa yang menuntut ilmu untuk
membanggakan diri dan meraih kedudukan, memandang remeh kaum muslimin yang
lainnya serta membodoh-bodoh dan merendahkan mereka, maka hal ini merupakan
kesombongan yang paling besar. Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam
hatinya terdapat kesombongan walaupun hanya sebesar dzarrah (biji sawi).
Laa haula wa laa quwwata illaa billah.” [3]
7 – Orang yang tidak tenang dan
sentiasa resah-gelisah kerana dunia. “……. dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya,
nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia
sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan
azab kepada orang-orang yang tidak beriman.” [Surah al-An’aam : ayat 125]
8 – Orang yang menentang
ajaran Islam. Umar
ibnu al-Khattab r.a berkata, “Kita dimuliakan Allah dengan Islam dan
barangsiapa yang mencari kemuliaan selain dari Islam, maka dia akan dihinakan.”
[Ibnu Abdil Birr dalam kitab Al-Mujalasah wa Jawahiril Ilmi, juz II, hlm 273]
“Dan tidaklah layak bagi orang yang beriman sama ada lelaki atau
perempuan, apabila telah ditetapkan oleh Allah S.w.t dan RasulNya akan sesuatu
perkara, bahawa dia membuat pilihan yang lain selain dari apa yang telah
ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengingkari Allah dan
RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan suatu kesesatan yang nyata.”
[Surah al-Ahzab : ayat 36]
“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka
dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut
kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak
memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu.
Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka
ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian
dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah
orang-orang yang fasiq.” [Surah Al-Ma’idah : ayat 49]
Langgan:
Catatan (Atom)
PINTU MASIH TERBUKA
“Bang sy nak taubat. Tapi dosa sy banyak bang, sy takut Tuhan tak ampun” “Byk mana dosa kamu dik, ad setinggi langit ?” “Huh ?” “Wahai...
-
Allah Ta’ala berfirman mafhumnya: “Katakanlah (wahai Muhammad), jikalau engkau semua mencintai Allah, maka ikutilah aku, tentu engkau se...
-
Ujian Dari Allah Buat Hambanya | Hari terus berganti hari. Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pan...